Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

PIAGAM PELANGGAN

 

PIAGAM PELANGGAN


Piagam Pelanggan 2024

Pejabat Residen Bahagian Mukah

  1. Keputusan Permohonan Lesen Perkahwinan Sivil Khas dimaklumkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas keputusan dibuat.

  2. Keputusan Permohonan Lesen Pungutan Awam dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas keputusan dibuat.

  3. Pembayaran kepada Pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

 

Pejabat Daerah Bahagian Mukah

  1. Keputusan kelulusan Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) / Probate of Will dimaklumkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

  2. Keputusan kelulusan Permohonan Sijil Anak Angkat dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

  3. Memaklumkan keputusan Permohonan Pindah Milik Senapang Patah semasa hayat / probet daripada Pihak Berkuasa Melulus dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

  4. Pengeluaran Permit Membeli Peluru dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  5. Pengeluaran Sijil Pendaftaran Nama-nama Perniagaan (BNR Certificate) dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  6. Memaklumkan keputusan Permohonan Pindaan Butiran Pendaftaran Nama-nama Perniagaan (Amendment of BNR Certificate) dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  7. Pelaksanaan Projek Kecil Luar Bandar (PLKB) disiapkan dalam tempoh masa dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

  8. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  9. Pengeluaran resit pembayaran pungutan awam kepada pelanggan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

 
image Undian
image Pengumuman