1 Dasar Privasi
PENERIMAAN TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB KERAJAAN NEGERI
Selamat datang ke laman web rasmi Kerajaan Negeri (Pentadbiran Bahagian Mukah).
Dengan mencapai dan melayari portal ini, anda mengaku dan bersetuju bahawa anda terikat kepada terma penggunaan web dalam laman web Kerajaan Negeri. Maka ini menjadi perjanjian antara anda sebagai pelanggan dengan kami, Kerajaan Negeri, untuk mencapai dan/atau menggunakan web ini. Anda bersetuju bahawa anda menerima terma penggunaan laman web Kerajaan Negeri, segala garis panduan dan peraturan yang akan dipaparkan dalam portal ini dari masa ke semasa. Semua garis panduan dan peraturan yang dipaparkan adalah sebahagian daripada terma penggunaan laman web Kerajaan Negeri.
Terma penggunaan laman web Kerajaan Negeri ini mengatasi mana-mana terma dan syarat yang terdahulu yang mungkin telah anda terima atau capai sehingga tarikh ini melalui portal ini. Penggunaan yang berterusan anda terhadap perkhidmatan ini akan dianggap sebagai persetujuan anda dengan terma dan syarat semasa ini.
Kerajaan Negeri boleh menambah, memadam atau mengubah suai semua terma penggunaan pada bila-bila tanpa notis. Terma penggunaan portal juga berkuatkuasa kepada semua portal dan laman web Kementerian-kementerian Negeri, Jabatan-jabatan Negeri, Pejabat-pejabat Resident dan Daerah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun yang tersenarai di bawah direktori Kerajaan Negeri dalam potal ini.
e-Penyertaan (e-Participation)
e-Penyertaan Kerajaan Negeri bermatlamat untuk mengumpul pendapat dan melibatkan rakyat dalam penentuan perkhidmatan dan polisi Kerajaan Negeri. Saluran untuk maklum balas disediakan melalui portal dan laman web agensi-agensi Kerajaan dan media sosial. Semua maklum balas akan diterima dan diproses oleh agensi-agensi yang terlibat.
Kerajaan Negeri mempunyai hak (tetapi bukan kewajipan) untuk memadam, tidak membenarkan atau memindah kandungan khususnya mana-mana Kandungan yang melanggar mana-mana syarat dalam terma penggunaan portal dalam laman web Kerajaan Negeri termasuk tetapi tidak terhad kepada komen yang:
1. Memutarbalik perkataan dan tidak berkenaan
2. Menyalahguna kepercayaan
3. Menggalakkan diskriminasi
4. Menggalakkan aktiviti haram
5. Melanggar mana-mana undang-undang atau hak harta intelek
6. Menyebabkan ancaman kepada keselamatan
7. Melanggar privasi orang lain
8. Mengandungi bahasa yang tidak senonoh
9. Melanggar undang-undang, peraturan-peraturan dan polis-polisi
Batas Tanggungjawab
Bahawasanya anda memahami dan bersetuju bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan bertanggungjawab jika terjadi apa-apa musibah kepada anda secara langsung, secara tidak langsung, secara kebetulan, secara khas, sebagai akibat atau sebagai teladan termasuk tetapi tidak terbatas kepada, musibah kerana kehilangan keuntungan, muhibah atau kerugian-kerugian lain yang tidak ketara yang terbit daripada:
-
penggunaan atau tidak dapat menggunakan portal ini;
-
kos pemerolehan barang dan perkhidmatan sebagai ganti akibat daripada mana-mana barang, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau yang diperoleh atau mesj yang diterima atau transaksi yang dibuat melalui atau daripada portal ini;
-
capaian yang tidak sah atau pengubahsuaian penghantaran atau data anda;
-
kenyataan-kenyataan atau kelakuan pihak ketiga dalam portal ini; atau
-
apa-apa perkara lain berkaitan portal ini.