Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

picture

 

LESEN PUNGUTAN AWAM


Lesen Pungutan Awam dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan Pungutan Awam 1996 yang membenarkan pemegang lesen untuk mengumpul derma daripada orang awam.
 
Permohonan Lesen Pungutan Awam yang merangkumi dalam Bahagian Mukah proses kelulusan akan dipertimbangkan oleh Residen Bahagian Mukah sahaja.
 
Jika pemohon ingin membuat pungutan awam bagi Peringkat Negeri (Pengutan dibuat bagi lebih dari satu bahagian), borang permohonan yang lengkap akan dimajukan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak (Unit Pentadbiran Am) di Tingkat 20, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching untuk kelulusan.
 
Cara Permohonan.
Dapatkan Borang A secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Mukah (Seksyen Pentadbiran Am). Isi Borang A dalam (3) tiga salinan dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:
  •   Gambar bersaiz passport sebanyak Enam (6) keping bagi pengerusi dan Tiga (3) keping gambar     bersaiz pasport bagi setiap orang pemohon dan pemungut.
  •   Satu (1) salinan fotostat MyKad bagi setiap orang pemohon dan pemungut.
  •   Satu (1) salinan penyata akaun bank.
  •   Satu (1) salinan minit mesyuarat terkini.
Yuran Lesen Pungutan Awam sebanyak RM25.00 akan dikenakan. Bayaran boleh dibuat di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, Tingkat 2, Menara Pehin Setia Raja, 96400 Mukah.
 
Sila Ambil Perhatian
Pastikan pemohon mengemukakan Penyata Bank setelah proses kutipan derma / dari tarikh luput lesen, sekiranya gagal berbuat demikian, Pemohon boleh dikenakan DENDA SEBANYAK RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU (RM2000).
 
Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Mukah.
Masa akan diambil lebih kurang dalam 30 minit berurusan dengan pegawai kami.
 
Jangka masa sebenar dengan semua PROSES yang berkaitan dengan Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Daerah Mukah dan Pejabat Residen Bahagian Mukah mengambil masa selama 7 HARI BEKERJA.
 
Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Lesen Pungutan Awam.
Puan Norseda Binti Abdul Karim, Pembantu Tadbir N19
(Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau ditalian 084 872 596 (GL))

 

 
picture Undian
picture Pengumuman