DARO – Pejabat Daerah Daro telah berjaya menganjurkan
Program Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Daro 2026 pada
2 Ogos 2026 (Ahad) bertempat di
Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Daro.
Program yang bermula seawal jam 9.30 pagi ini telah dihadiri oleh kakitangan wanita dan jemputan khas dengan tema pakaian
Warna Hijau, melambangkan keharmonian dan pertumbuhan.
Majlis dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh wakil daripada
Klinik Kesihatan Daerah Daro pada jam 10.00 pagi. Slot ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan wanita, selaras dengan peranan mereka sebagai tunjang keluarga dan masyarakat.
Kemuncak program adalah sesi menyaksikan ucapan perasmian oleh
Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Dalam ucapan tersebut, penekanan diberikan kepada tema sambutan iaitu
"Sarawak Women in Digital Economy" (HW26), yang mengiktiraf sumbangan wanita dalam memacu ekonomi digital di negeri ini.
Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan:
- Simbolik Perasmian Hari Wanita Sarawak peringkat daerah.
- Penyampaian Cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada para tetamu dan penceramah.
- Sesi Bergambar bagi mengabadikan kenangan sambutan tahun ini.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan pada jam 1.00 petang. Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menghargai wanita di Daerah Daro, malah memperkukuhkan semangat
"Bersatu Berusaha Berbakti" dalam kalangan komuniti setempat.