Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tahun 2025 Pejabat Residen Bahagian Mukah Dan Pejabat Daerah Mukah
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tahun 2025 Pejabat Residen Bahagian Mukah Dan Pejabat Daerah Mukah diadakan pada 8 April 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Majlis, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah). Majlis ini dianjurkan bagi meraikan Aidilfitri serta mengeratkan silaturahim antara warga Pejabat Residen Bahagian Mukah dan Pejabat Daerah Mukah agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam suasana harmoni dan muhibah.
Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Berhormat Royston Bin Valentine ADUN N.57 Tellian, Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah dan Tuan Shafirie Bin Saili, Timbalan Residen Bahagian Mukah serta 300 orang tetamu.