picture
 

Perutusan Pegawai Daerah


Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Salam sejahtera dan syabas saya ucapkan kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Dalat yang terlibat dalam membangunkan laman web ini. Dengan terlaksananya laman web ini, diharap dapat memberi pendedahan kepada umum tentang peranan utama yang dimainkan oleh Pejabat Daerah Dalat dalam membangunkan masyarakat setempat. Saya berharap segala maklumat yang disalurkan melalui laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Daerah.

Tuan/Puan sangat dialu-alukan untuk melayari laman web kami di samping mendapatkan maklumat, juga digalakkan untuk memberikan cadangan serta komen agar dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pejabat ini kepada semua golongan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

KUEH LEI POH
PEGAWAI DAERAH DALAT
 
 

 
picture Pengumuman