Mesyuarat Persiapan Pesta Daro Bil.2/ 2025

Posted on 17 Jun 2025
Source of News: Pejabat Daerah Daro
Pesta Daro Kembali! Sambutan Tahunan Akan Diadakan dari 25 Julai hingga 3 Ogos 2025

Daro, 16 Jun 2025 (Isnin) – YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro telah mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Pesta Daro Bil. 2/2025 yang berlangsung di Pejabat Daerah Daro pada jam 9.00 pagi.

Pesta Daro 2025 bakal berlangsung dari 25 Julai hingga 3 Ogos 2025, dengan pelbagai pengisian menarik dan program melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Acara tahunan ini dijangka menarik kehadiran pengunjung dari seluruh daerah dan kawasan sekitar, sekali gus merancakkan lagi aktiviti sosial dan ekonomi setempat.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Daro, Tuan Zul Haji Usup, serta ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil agensi kerajaan dan NGO yang turut sama memainkan peranan penting dalam menjayakan pesta tersebut.



 
Credit Gambar: Facebook DUN N.43 Daro