Majlis Ngiling Bidai & Perasmian Gelanggang Futsal Nangar Kecil Daro

Disiarkan pada 17 Jun 2025
Sumber Berita: Pejabat Daerah Daro

Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025: YB ADUN N.43 Daro Serah Sumbangan dan Maklum Projek RTP di Nangar Kecil

Daro, 14 Jun 2025 (Sabtu)YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro telah berkenan merasmikan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025 yang diadakan di Rumah Jelam, Nangar Kecil, Daro.

Dalam majlis tersebut, Yang Berhormat turut menyempurnakan penyerahan sumbangan geran berjumlah RM21,000 kepada empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Nangar Kecil sebagai sokongan kepada usaha memperkasakan pengurusan komuniti di peringkat akar umbi.

Di samping itu, pemakluman rasmi tiga (3) projek di bawah Program Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Tahun 2025 turut disampaikan kepada Tuai Rumah Jaul, melibatkan:

  • Naiktaraf Balai Raya,

  • Pembinaan Baru Tadika, dan

  • Naiktaraf Jalan ke Tanah Perkuburan Iban Nangar Kecil,

    Jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM290,000.


Kredit Gambar : Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

Majlis turut diserikan dengan kehadiran:

  • Tuan Zul Haji Usup, Pegawai Daerah Daro;

  • Encik Faizol Hashim, Jurutera Daerah JKR Matu Daro;

  • Encik Jinggan Nyambong, Pegawai Menguasa Jabatan Pertanian Daro;

  • Penghulu Dawi Jinggong, serta Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum.

Pejabat Daerah Daro merakamkan penghargaan atas komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini serta dalam melaksanakan agenda pembangunan luar bandar yang inklusif dan berterusan.