Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025 & Penangguhan Program Kesedaran Sungai

Posted on 17 Jun 2025
Source of News: Pejabat Daerah Daro

Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025 & Penangguhan Program Kesedaran Sungai Disempurnakan oleh YB ADUN N.43 Daro


Kredit Gambar : Facebook DUN N.43 Daro

Daro, 14 Jun 2025 (Sabtu)YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro merangkap Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah berkenan merasmikan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025 bagi kawasan Nanga Semah serta Majlis Penangguhan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai yang berpusat di Rumah Lapok, Nanga Semah, Daro.

Sejurus ketibaan, Yang Berhormat telah menyempurnakan Simbolik Perasmian Jeti di bawah projek RTP 2024 bernilai RM120,000.00 serta Kempen Penanaman Pokok anjuran Jabatan Hutan Sarawak di hadapan Rumah Lapok.


Kredit Gambar : Facebook DUN N.43 Daro

Majlis diserikan lagi dengan Demo Pemadaman Api di bawah seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Daro yang bertujuan memberi pendedahan penggunaan alat pemadam api kepada masyarakat yang hadir.


Kredit Gambar : Facebook DUN N.43 Daro

Seterusnya, beliau turut menyaksikan Majlis Penyerahan Tapak Projek RTP 2025 bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan di Rumah Lapok bernilai RM150,000.00 kepada Risma Enterprise, yang disempurnakan oleh pihak JKR.


Kredit Gambar : Facebook DUN N.43 Daro

Dalam majlis yang sama, sumbangan geran berjumlah RM83,000.00 telah disampaikan kepada 19 buah JKKK dan PIBG di kawasan terlibat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti komuniti.


Kredit Gambar : Facebook DUN N.43 Daro

Selain itu, Yang Berhormat turut menyampaikan pemakluman projek-projek RTP 2025 bagi kawasan Nanga Semah dan Penasu berjumlah keseluruhan RM630,000.00, diikuti gimik pemasangan papan tanda projek MRP-PPRMS Rumah Lapok bernilai RM74,000.00 yang telah siap sepenuhnya pada 18 Mac 2025.


Kredit Gambar : Facebook DUN N.43 Daro

Majlis turut menyaksikan penyampaian jaket keselamatan sumbangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kepada pelajar dari SK Nanga Semah, SK Kampung Sabena, SK Kampung Penasu, serta kepada 7 buah JKKK di kawasan Nanga Semah, Daro sebagai langkah meningkatkan kesedaran keselamatan sungai dalam kalangan komuniti.


Kredit Gambar : Facebook DUN N.43 Daro

Majlis diserikan dengan kehadiran:

  • Lt. Kol. Ding Tiew Wong (B), Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS),

  • Tuan Zul Haji Usup, Pegawai Daerah Daro,

  • Penghulu Dawi Anak Jinggong,

  • Tuai Rumah Lapok Anak Mengga,
    serta ketua-ketua masyarakat, agensi dan wakil-wakil jabatan yang berkaitan.

Pejabat Daerah Daro merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi komitmen tinggi dalam menjayakan majlis ini serta mendukung usaha pembangunan prasarana dan keselamatan sungai di kawasan luar bandar.