Langkah Pertama ANMS Bahagian Mukah Bermula di Nangar Kecil, Daro
DARO, 24 Mei 2025 – Parlimen P.207 Igan menjadi lokasi pertama pelaksanaan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi Bahagian Mukah, dengan penganjuran rasmi yang berlangsung di Rumah Panjang Dawi, Nangar Kecil, Daro.
Kredit Gambar : Facebook Parlimen P207 Igan
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen P.207 Igan, YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Beliau menegaskan komitmen berterusan pihak Parlimen dalam menyokong usaha kerajaan ke arah memperkasa kesihatan rakyat dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti luar bandar.
Kredit Gambar : Facebook Parlimen P207 Igan
Penganjuran program ini turut disertakan dengan Latihan Bina Upaya MyChampion bagi Daerah Daro, yang bertujuan melahirkan sukarelawan komuniti berpengetahuan dalam advokasi kesihatan dan kesejahteraan. Melalui latihan ini, peserta diberi pendedahan serta kemahiran asas untuk memainkan peranan sebagai ejen perubahan dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat setempat.
Kredit Gambar : Facebook Parlimen P207 Igan
Program ANMS yang dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini merupakan inisiatif nasional yang memberi penekanan kepada pendekatan komuniti dalam penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Kredit Gambar : Facebook Parlimen P207 Igan
Kejayaan penganjuran peringkat Parlimen Igan ini dijangka menjadi rujukan dan dorongan kepada pelaksanaan program serupa di kawasan lain dalam Bahagian Mukah.
Kredit Gambar : Facebook Parlimen P207 Igan
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Daro, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Daerah Mukah, Majlis Daerah Matu dan Daro, agensi-agensi teknikal, serta sokongan aktif daripada penduduk dan pemimpin tempatan.