Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Daerah Daro 2025
Posted on 19 Jun 2025
Source of News: Pejabat Daerah Daro
Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Daerah Daro 2025
Kredit Gambar : Unit Komunikasi Awam Sarawak (Facebook)
Tarikh: 20 Mac 2025 (Khamis)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Perkarangan Rumah Kerehatan Kerajaan, Daerah Daro
Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Daerah Daro 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Mac 2025 bermula jam 3.00 petang bertempat di Perkarangan Rumah Kerehatan Kerajaan, Daerah Daro.
Majlis dimulakan dengan ketibaan para jemputan dan hadirin, diikuti oleh ucapan aluan yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Daro, Tuan Zul Bin Haji Usup, serta ucapan perasmian oleh YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro.
Kredit Gambar : Apm Daro (Facebook)
Majlis diteruskan dengan sesi penyerahan goodies bag dan risalah keselamatan jalan raya kepada para pengguna jalan raya yang melalui kawasan jalan utama di hadapan Perkarangan Rumah Kerehatan Kerajaan Sarawak, Daerah Daro. Sesi ini diadakan sebagai simbolik usaha mendekati komuniti dan menyampaikan mesej keselamatan sempena musim perayaan.
Kredit Gambar : Jiwa Bakti (Facebook)
Turut hadir dalam kempen ini ialah wakil daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daro, Ahli KMKKK Tanah Besar Daro, Pegawai Polis Daerah Daro, Pejabat Daerah Daro, Pejabat Penerangan Daerah Daro, Balai Bomba dan Penyelamat Daro, wakil dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), serta wakil daripada pelbagai jabatan kerajaan di daerah Daro.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad sebagai tanda penghargaan atas kehadiran dan sokongan beliau terhadap kempen ini. Acara diteruskan dengan jamuan ringan sebelum berakhir sepenuhnya pada jam 4.00 petang.