Masjid Al-Umran Mercu Tanda Baharu Syiar Islam di Kampung Tebaang, Daro
Kredit foto : FB A Rahman Junaidi
Daro, 17 Julai 2026 - Masyarakat Islam di Kampung Tebaang kini mempunyai pusat ibadah yang lebih selesa dan indah apabila Masjid Baharu Kampung Tebaang dirasmikan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Dalam perasmian yang penuh bersejarah itu, YAB Premier Sarawak telah mengumumkan nama rasmi bagi masjid berkenaan sebagai Masjid Al-Umran. Masjid tersebut berlangsung selepas beliau menunaikan solat fardhu Jumaat bersama penduduk tempatan sempena lawatan kerja beliau ke Daerah Daro.
Kredit foto : FB A Rahman Junaidi
Perasmian Masjid AL-Umran ini merupakan salah satu pengisian utama dalam jadual lawatan kerja YAB Premier ke Daro, selain daripada menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Daro 2026. Kehadiran institusi keagamaan yang baharu ini dijangka akan memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah dan menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk di Kampung Tebaang dan kawasan sekitarnya.
Turut hadir menyaksikan majlis perasmian tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi; serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr. Haji Safiee bin Haji Ahmad
Kredit foto : FB A Rahman Junaidi