PROFILE DAERAH MATU


Bangunan Pentadbiran Kerajaan di Daerah Matu sekitar Tahun 1962
 

Sejarah Pentadbiran
Matu telah diisytiharkan sebagai Daerah penuh yang ke-48 pada 5 Mei 1991. Pada asalnya Matu merupakan sebuah Daerah Kecil dalam pentadbiran bahagian Sarikei. Namun begitu,
ia hanyalah sementara kerana pentadbiran Daerah Matu kemudiannya diletakkan di bawah Pentadbiran Bahagian Mukah setelah Mukah diisytiharkan menjadi Bahagian pada 1 Mac 2002.

Pejabat Daerah Matu
 

Keluasan

Daerah Matu berkeluasan 677.28 km. persegi yang meliputi Daerah Kecil Igan, iaitu satu-satunya Daerah Kecil di bawah pentadbirannya. Kawasan pentadbiran Daerah Matu adalah sekitar Pekan Matu, Igan sehinggalah ke kawasan  Bungan, Sawai, Batang Lassa dan Sungai Passin.

Penduduk
Secara umumnya, kaum Melanau merupakan penduduk majoriti di Daerah Matu di samping kaum-kaum lain seperti Melayu, Iban, Cina dan lain-lain. Pecahan bilangan penduduk Daerah Matu mengikut kaum adalah seperti berikut :

SUKU KAUM

Bilangan (orang)

Peratus

Melanau

12,449

70.34%

Melayu

639

3.65%

Iban

2,776

15.71%

Bidayuh 38 0.22%
Lain-lain Bumiputera 410 2.32%

Cina

582

3.30%

India 2 0.01%
Asing 415 2.35%
Lain-lain
(bukan bumiputera)
58 0.33%

Jumlah

17,369

100%


Sumber :  Jabatan Perangkaan_Banci Penduduk 2010

 

 
Pengumuman