Perutusan Pegawai Daerah


 

Salam Sejahtera

Terima kasih kerana sudi melayari laman web Pentadbiran Bahagian Mukah. Laman Web ini memaparkan maklumat-maklumat berkaitan perkhidmatan di dalam pejabat daerah. Ini akan memudahkan pelanggan – pelanggan berurusan dengan kami.

Pejabat Daerah Matu (PDM) ini adalah nadi, peneraju dan penggerak di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pembangunan untuk kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat Daerah Matu. Kerjasama dan sokongan semua pihak terutamanya Jabatan Kerajaan, Agensi kerajaan, pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua kaum setempat amat diperlukan dan hendaklah duduk bersama untuk berbincang dan mencari penyelesaian ke atas isu-isu yang berbangkit. Falsafah dan prinsip yang bercirikan kreatif dan inovatif digunakan sebagai meransang dan mentranformasikan pembangunan fizikal dan rohaniah. Justeru itu, harapan dan dasar kerajaan untuk rakyat mempunyai pendapatan tinggi dan ke arah Negara maju pada tahun 2020 akan dapat dicapai.

Dengan itu, kami kakitangan PDM bertekad memberi perkhidmatan yang terbaik, berkualiti dan dinamik selaras dengan dasar-dasar dan transformasi Kerajaan untuk memenuhi  kehendak pelanggan. Sehubungan dengan itu, kami sentiasa mengalu-alukan cadangan yang membina daripada pelanggan-pelanggan supaya perkhidmatan dan kandungan laman web Pentadbiran Bahagian Mukah dapat dipertingkatkan dan ditambah baik dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

 

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”

“AN HONOUR TO SERVE”

 
WAN HIPNI BIN WAN MOHAMAD
PEGAWAI DAERAH MATU N52

 

 
Pengumuman