"...apabila Mukah diisytiharkan sebagai Bahagian Baru maka boleh dikatakan bahawa sebuah bahagian itu adalah sebuah wilayah yang cukup kecil bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan cekap dan cukup besar untuk mencantumkan sebagai satu unit ekonomi yang boleh bergerak dengan sendirinya diperingkat akar umbi..."
"Dengan pengisytiharan ini adalah diharap dalam proses mentadbir akan wujud perhubungan yang rapat antara rakyat dengan pegawai kerajaan. Maka dengan itu suara rakyat dari sehari ke sehari akan menjadi suara kerajaan dan segala dasar-dasar kerajaan akan menjadi satu penzahiran kepada aspirasi rakyat sendiri."
Pejabat Residen
Pejabat Daerah
EXPLORE MY VISION ON
Lorem ipsum dolor sit amet, ea pri meis accusam. Et vis accusam rationibus liberavisse, an vix viderer admodum. Atqui docendi omittam ei has, liber constituam id vim. Eam in dico doming definiebas. Cum munere impetus et. Ne nam simul oblique alterum, pri solet omnium id, usu an munere.
EXPLORE MY VISION ON
Lorem ipsum dolor sit amet, ea pri meis accusam. Et vis accusam rationibus liberavisse, an vix viderer admodum. Atqui docendi omittam ei has, liber constituam id vim. Eam in dico doming definiebas. Cum munere impetus et. Ne nam simul oblique alterum, pri solet omnium id, usu an munere.
Asal Usul Nama Mukah
Menurut Laporan Penyelidikan 'Etnografi Sejarah Sosio-Budaya Melanau : Hubungan Dengan Era Brunei' oleh Dzulfawati Haji Hassan, Felo Penyelidikan Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam (1994 - 1995 : 2.2.1) dan sumber lisan oleh Encik Bonaventure Hamdan Buyun seorang pengkaji sejarah Melanau menyatakan bahawa asal usul nama Mukah wujud sekitar abad ke 17 apabila pedagang-pedagang yang datang ke Mukah untuk berniaga. Pada masa tersebut kawasan Mukah hanya dipanggil sebagai negeri 'Melano' sahaja. Sungguhpun begitu kawasan Mukah telah diduduki oleh orang-orang Melano beratus-ratus tahun lamanya sebelum pemimpin bernama Tugau dikalahkan oleh orang-orang Brunei.
"Selamat Datang ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah."
"Mukah Maju, Rakyat Sejahtera"
Bahagian Mukah terletak di wilayah tengah Sarawak dan sebahagian besar kawasannya menghadap Laut China Selatan iaitu mengunjur sepanjang 200 kilometer dari Balingian di sebelah timur sehingga ke Belawai di sebelah barat. Keluasan persempadanannya seluas 6,997.61 kilometer persegi dengan jumlah populasi 124,311 orang penduduk (2008). Ia merupakan bahagian yang ke sepuluh daripada dua belas bahagian pentadbiran Kerajaan Sarawak. Kaum Melanau merupakan komposisi kaum majoriti di Bahagian Mukah diikuti oleh Kaum Iban, Cina, Melayu dan lain-lain kaum. Semasa penubuhan Bahagian Mukah pada 1 Mac 2002, ia merangkumi empat daerah iaitu Daerah Mukah; Dalat; Matu; dan Daro serta empat daerah kecil iaitu Balingian; Oya; Igan; dan Belawai. Dengan pengisytiharan ini, Daerah Mukah telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran bagi Bahagian Mukah. Pada 1 Oktober 2015 Daerah Kecil Belawai telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh yang dinamakan Daerah Tanjung Manis dan kini Bahagian Mukah mempunyai lima (5) daerah dan tiga (3) daerah kecil.
Kaul Mukah 2020
25 Nov 2020 - 31 Dis 2020
Venue: Mukah
Pentadbiran Bahagian Mukah
Bahagian Mukah yang Maju Dari Segi Sosio-Ekonomi Menjelang 2030.
Memajukan Pembangunan Sosio-Ekonomi Dan Kesejahteraan Rakyat Dalam Bahagian Mukah.
Pentadbiran Bahagian Mukah