Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Pesta Daro 2020 yang dijadual berlangsung pada 27 Mac sehingga 5 April depan ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19. Penangguhan ini adalah sejajar dengan arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkenaan wabak COVID-19 pada 13 Mac lalu dan jawatankuasa memutuskan untuk menangguhkan pesta itu ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak. Pihak Jawatankuasa Pesta Daro memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.