Sarawak ID | Register

Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

Polls
Announcements

PERUTUSAN RESIDEN


 
     
 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah yang merupakan platform bagi memberi penerangan mengenai  latar belakang, misi, visi, piagam pelanggan, sejarah, lokasi, aktiviti-aktiviti dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan Pentadiran Bahagian Mukah termasuk Pejabat-pejabat Daerah dibawahnya.

Pentadbiran Bahagian Mukah yang terdiri daripada Pejabat Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Pejabat Daerah Dalat, Pejabat Daerah Matu, Pejabat Daerah Daro dan Pejabat Daerah Tanjung Manis merupakan agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab sebagai peneraju utama dalam memajukan Bahagian Mukah dan juga sebagai “front-liner” di antara Kerajaan dan juga rakyat di Bahagian Mukah. Ia nya juga bertanggungjawab sebagai penggerak utama dalam pembangunan fizikal, sosio-ekonomi dan modal insan di Bahagian Mukah dengan merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan rancangan-rancangan pembangunan dan program-program sosial kerajaan di peringkat Bahagian bagi memastikan penduduk di Bahagian Mukah ini mencapai taraf hidup yang sejahtera dan lebih berkualiti di masa hadapan.

Portal ini merupakan pemudahcara bagi penyebaran dan perkongsian maklumat interaktif, dan sumbangan idea, pandangan dan maklumbalas dari mana-mana pihak bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini adalah dialu-alukan,  Pentadbiran Bahagian Mukah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dimasa sekarang dan juga akan datang.  

 

 
 

Hajjah Hamdiah Binti Haji Bakir

Residen Bahagian Mukah, VU7

"Mukah Maju, Rakyat Sejahtera"