Show More Menu

Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

News

 

Hari Belia Sarawak 2024 Padat Pelbagai Aktiviti, Rai Pemimpin Muda

Posted on 05 Dec 2024
Source of News: UKAS


 
MUKAH: Kementerian Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) memperkenalkan Hari Belia Sarawak (HBS) 2024 sebagai sebuah program sambutan Peringkat Negeri Sarawak untuk meraikan semangat muda dan pemimpin masa depan negeri.

Acara tahunan ini dianjur khas untuk mengiktiraf dan memperkasakan belia di Sarawak, selain menyediakan platform untuk anak muda mempamerkan bakat, menyertai aktiviti sukan, rekreasi dan usahawan.

Program ini juga dirangka untuk menginspirasi perubahan positif dalam komuniti di sekitarnya.

Penganjuran HBS pada setiap tahun juga bertujuan untuk memberi semangat dan meningkatkan kesedaran kepada golongan belia bahawa kerajaan sentiasa memberikan perhatian dan peka kepada perkembangan semasa golongan belia masa kini, termasuk dalam meningkat usaha kemajuan negara dan dunia setelah dilanda pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

HBS 2024 akan dianjurkan selama lima hari bermula 4 - 8 Disember 2024 bertempat di Kingwood Resort Mukah.
Sambutan ini nanti dijangka akan dihadiri ramai belia dan komuniti setempat baik dari dalam mahupun luar Bahagian Mukah.

Maklumat program dan promosi yang sah boleh diperolehi di media elektronik rasmi program sahaja, iaitu melalui laman web www.haribeliasarawak.com dan media sosial Facebook, Instagram, Threads, Tiktok & Youtube Hari Belia Sarawak dan MYSED sahaja.

Selain itu, maklumat lanjut boleh diperolehi melalui talian Kementerian Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), iaitu 082-495 555 ATAU hubungi pihak syarikat pengurus acara HBS 2024, melalui emel haribeliasarawak@gmai.com dan talian 016-895 1302 (Ketua Pengurus SMART Activities) / 010-909 6468 (Pengurus Ruang Niaga Marketplace).

Antara pengisian yang menarik adalah adalah penampilan lagenda rock tanah air, Amy Search Live at Soul Concert.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan epik ini pada 7 Disember 2024 (Sabtu), 8 malam, di Grand Ballroom, Kingwood Resort Mukah.

Turut diadakan sempena Hari Belia Sarawak 2024 adalah pameran dari agensi, NGO dan institusi seperti:
1. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Cawangan Sarawak
2. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak SABERKAS
3. Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP)
4. Sarawak Tourism Board
5. Yayasan Sarawak (7 agensi - Yayasan Sarawak, Curtin University Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak Campus, University of Technology Sarawak, Kolej Laila Taib, i-CATS University College & Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS)
6. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak
7. Icon Trans Sdn Bhd
8. AZAM (Sarawak)
9. Majlis Seni Sarawak


image Kalendar
image Undian
image Pengumuman