Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

Berita

 

Industri berasaskan rumbia boleh diperluaskan lagi, kompleks pembangunan industri sagu dicadangkan di Dalat

Disiarkan pada 22 Jun 2024
Sumber Berita: Suara Sarawak

Fatimah (lima kiri) menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Dalat Fasa 2, Tahun 2024 bernilai RM3,000 kepada wakil Persatuan Warga Edok Kuching untuk mengadakan pelbagai aktiviti.

 


KUCHING: Industri berasaskan rumbia dari Dalat berpotensi untuk diperluaskan pada masa akan datang kerana 50 peratus pengeluaran rumbia adalah dari daerah itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata sebahagian besar daripada pengeluaran tepung rumbia di seluruh negeri adalah dari Dalat, yang ada di enam kawasan berbanding perkampungan Melanau lain.


Fatimah (tudung merah) merakam kenangan bersama-sama dengan tetamu kehormat dan tetamu lain pada Majlis Santunan Kasih Aidiladha eDOK 2024 Kuching/Samarahan di Alia Banquet Hall, di sini, hari ini.
 

“Dalat memiliki kawasan besar yang menempatkan banyak kilang sagu.

“Jadi, pada masa akan datang, kita mencadangkan membina kompleks pembangunan industri sagu.

“Cadangan Kompleks Pembangunan Industri Sagu dan Nipah bertempat di Dalat itu juga telah diluluskan oleh Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Santunan Kasih Aidiladha eDOK 2024 Kuching/Samarahan di Alia Banquet Hall, Jalan Muhibah di sini, hari ini.

Tambahnya, bagi tujuan itu, pihaknya mahu menganjurkan Karnival Balau untuk memperkenalkan nilai balau (batang sagu) supaya dapat diperkembangkan sebagai produk huluan dan hiliran. 

Sementara itu, tentang majlis tersebut, ia dihadiri kira-kira 300 ahli eDOK serta ahli keluarga masing-masing dari Dalat, bukan sahaja Muslim tetapi juga bukan Muslim. 

Hadir sama, Penasihat Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS), Datuk Adi Badiozaman Tuah, Presiden eDOK, Datuk Dr Malike Mahli, Presiden Persatuan Melanau Kuching Sarawak, Faridah Osman, Timbalan Presiden eDOK, Saadiah Tu, serta wakil lain.



image Undian
image Pengumuman