Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

News

 

Program MRP-PPRMS Beri Manfaat Pada Masyarakat Setempat

Posted on 28 Jul 2024
Source of News: UKAS




MATU: Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) di daerah Matu dan Igan telah memberi manfaat yang meluas khususnya kepada masyarakat setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng , Datuk Dr Juanda Jaya berkata, Projek MRP-PPRMS yang bermula pada tahun 2021 telah memanfaatkan penduduk yang layak menerima bantuan baik pulih kediaman.

Menurut beliau, sekitar 30 hingga 40 buah rumah kediaman berjaya dibaik pulih setiap tahun dengan peruntukan sekitar RM10,000 hingga RM15,000 untuk membantu membaiki atap yang bocor, dinding yang rosak, dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja di tapak projek MRP di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, di samping rumah tradisi penduduk Melanau, rumah-rumah panjang juga telah dibaiki terutama membabitkan penggantian atap dan pembaikan sebahagian lantai di rumah-rumah yang berkenaan. – EDISI UKAS


image Undian
image Pengumuman