Eksplore Race Sukan Tradisional Diadakan Untuk Kekal Kepada Generasi Baru
Posted on 22 Sep 2024
Source of News: UKAS
BALINGIAN: Eksplore Race Sukan Tradisional diadakan bagi mengingatkan permainan tradisional generasi lama dan memberi peluang kepada generasi baru merasakan keseronokan dan keunikan permainan tersebut.
Eksplore Race Sukan Tradisional Sempena Pesta Bederun Balingian 2024 telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Generasi Melanau Balingian (PGMB), Hafizzul Abdul Halim Tapak Pesta Bederun Balingian pada Sabtu.
Dalam pada itu, 14 pasukan yang telah menyertai Eksplore Race Sukan Tradisional Sempena Pesta Bederun Balingian 2024.
Akhir sekali, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta dan barisan jawatankuasa acara kerana telah berjaya melaksanakan program dengan jayanya.
Semoga permainan tradisional ini sentiasa diingati oleh semua lapisan masyarakat dan menjadi memori yang indah pada masa akan datang.
Turut hadir Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN N58 Balingian merangkap Timbalan YDP PGMB, Che Ghazali Arbi, Ketua Kampung Jahui Mohidin, Setiausaha PGMB, Abdul Zaid Jahui dan Penyelaras Acara Ekplore Race Sukan Tradisional Azrozain Abdul Latip. – EDISI UKAS