Mukah Maju, Rakyat Sejahtera


Lawatan kerja tersebut dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ketua Pegawai Operasi LABSB George Lentton Indang berkenaan dengan perkembangan terkini ladang nanas LCDA yang berkeluasan 52 hektar, ditanam dengan nanas varieti MD2 dan Golden Diamond.
Abdul Rahman yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) turut memberi penerangan berkenaan dengan usaha Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) dalam kelestarian industri makanan serta perancangan pengembangan industri nanas di Sarawak.
Selaku Ahli Lembaga Pengarah LABSB, beliau turut mengutarakan saranan agar LABSB mempertimbangkan cadangan penanaman nanas varieti Sarawak Gold 1 (SG1) dalam masa terdekat.
Dengan adanya lawatan kerja ini, ia mempamerkan peranan LCDA melalui LABSB dalam memajukan industri nanas di Sarawak.