Projek Naik Taraf Jalan SPK Petanak Siap Empat Bulan Lebih Awal
Disiarkan pada 29 Mar 2025
Sumber Berita: UKAS

MUKAH: Projek naik taraf Jalan Ke Rumah-Rumah Berdekatan Dengan SPK Petanak, Daerah Mukah berjaya disiapkan empat bulan lebih awal daripada jadual asal.
Projek ini diserahkan secara rasmi oleh kontraktor Seventhwave Energy kepada Ketua Kampung Petanak Hilir, Norbert Bait sambil disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine dalam satu majlis penyerahan yang diadakan pada Jumaat.
Projek ini merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah.
Berdasarkan jadual asal, projek ini dijadualkan mengambil masa enam bulan, bermula pada 21 Januari 2025 dan dijangka siap pada 20 Julai 2025 tetapi kecekapan dan komitmen tinggi oleh pihak kontraktor berjaya siapkan projek tersebut lebih awal
Sementara itu, Royston berkata, kejayaan projek ini membuktikan bahawa kontraktor tempatan mampu melaksanakan tugas dengan cekap dan berkualiti.
Turut hadir dalam majlis penyerahan itu ialah wakil Pejabat Daerah Mukah Nolin Gendang, wakil JKR Bahagian Mukah, serta wakil kontraktor Seventhwave Energy Shahrizal Suhaili. -EDISI UKAS