PULAU BRUIT, 26 September 2025, Jumaat Majlis Pra Pelancaran Sempena Pesta Pulau Bruit - Mini Agrofest 2025 yang diadakan dengan jayanya di
Dewan Masyarakat Kampung Tekajong.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Abdullah bin Haji Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan &
UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah
YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi, Ahli Parlimen P.207 Igan.
Tuan Zul bin Haji Usup, Pegawai Daerah Daro yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pesta Pulau Bruit - Mini Agrofest 2025, turut hadir bagi memastikan
persediaan program berjalan lancar. Kehadiran beliau bersama-sama dengan YBhg. Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah, menunjukkan komitmen
pentadbiran daerah dan bahagian dalam menjayakan program pembangunan komuniti di Pulau Bruit.
Program pra pelancaran ini turut dimeriahkan dengan pameran pendidikan dari enam agensi, iaitu:
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Mukah
- University of Technology Sarawak (UTS)
- CENTEXS Dalat
- Sarawak Skills Mukah
- Kolej Laila Taib Sibu
- NADI
Orang ramai telah hadir untuk memeriahkan Pesta Pulau Bruit - Mini Agrofest 2025 yang berlangsung pada 26 hingga 27 September 2025. Pelbagai pengisian
bermanfaat, pembangunan yang menyokong komuniti setempat, serta mengangkat keunikan Pulau Bruit sebagai destinasi agro dan desa yang menarik di
Bahagian Mukah.